Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang ditemui beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.
Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.
Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.
Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.
Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.
Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.
Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan ‘menenggelamkan’ dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.
kredit kepada: http://www.borakkosong.com
18 Februari 2011
16 Februari 2011
Dapat dinner same2 skejap pun jadilah..thanks abg..(^_^)
Beso...pekena 2bijik pon dah kenyang... |
Sedappp...ade telur rebus+kentang di dalamnye..:) |
Then aku suggest lepak kat kedai makan BBB jea...sebelum pegi makan aku ajak die singgah beli stok makanan kat ECONSAVE Kajang kejap...yang bestnye dah siap2 amek barang dan beratur nak pegi bayar tu die offer nak bayarkan...haha
Sekali lagi aku tersenyum selebar2nye (^___________^)'' |
Ni je barang yang aku terpikir nak amek tadi...huhu~ |
Lepas dah bayar sume tu, kami beredar lah dari ECONSAVE tersebut dan terus ke kedai makan kat BBB...Kitorang order lah makanan....Ape yang kitorang order? kitorg order jus epal, air suam, nasi putih, tom yam campur, sayur kangkung goreng dannn my favourite.......
Siakap tiga rasa...:) |
Daa2..mishyu oledi maa...huk2 |
Sampai jea kat bilik ade spageti plak, akak rumet aku Aisyah buat..then aku makan sekali laagiii...rejeki2...Sedappp...akak die tak gune daging hancur pun...daging hancur tu digantikan dengan daging ayam yang dipotong kecik2..bleh la tiru resepi macam ni nanti...hehe Alhamdulillah...murah rejeki aku arini...(^_~)
Label:
thanks abg..(^_^)
15 Februari 2011
SALAM MAULIDUR RASUL...:)
Seperti yg kita tahu Maulidur Rasul adalah hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini merupakan merupakan hari yang ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran baginda Nabi s.a.w iaitu 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis mempringati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w pada setiap tahun tanggal 12 Rabiul Awal dengan mengadakan beberapa acara seperti:
Perarakan sempena Maulidur Rasul
Mendengar Ceramah Agama..:)
Teringat masa zaman aku sekolah berasrama dolu2...malam sebelum hari Maulidur Rasul, aku dengan kawan2 sibuk siapkan kain rentang utk di bawa berarak esoknye. Kain rentang tersebut perlulah ditulis dengan tulisan jawi. Then, cikgu2 ade buat pertandingan kain rentang sape yang cantik n takde kesalahan ejaan lgsng pd kain rentang tu.Masing2 bukannya expert sgt tulis2 jawi nih..Akhirnya, dengan berkat usaha yang gigih kami sekumpulan maka siaplah kain rentang tersebut utk di bawa berarak esoknye....
Maka pada keesokn harinya, semua studnt satu sekolah SMTSP 2 tu berkumpul di tapak perhimpunan awl2 pagi dengan memakai baju asrama. Then, lepas dengar taklimat pasal laluan kitorg kena berarak tu terus kitorang mulakan perjalanan tersebut sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan bersemangatnye...
For sure lah, kitorg bukan pemenang pada hari tu sebab terdapat kesalahan ejaan pada kain rentang tersebut...(tp tetap cantikk taww..;p) hehe best bile teringat balik zaman2 skolah dulu2 tu...banyak sangat kenangan kat sane...memang terbaiklah kawan2 kat sane...rindu kt diorg....sob2 :'(
Anyway, SALAM MAULIDUR RASUL untuk umat Islam di seluruh dunia!!!:)
Label:
SALAM MAULIDUR RASUL
Langgan:
Catatan (Atom)