aku terbaca satu entri ni sebelum nak tido...agak menarik!:) so, ni aku share dengan korang tentang kebaikan memakan BUDU...
Budu banyak khasiat dari segi kesihatan
Pernah makan budu? Budu adalah sos ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur dan dimakan bersama ulam ataupun nasi. Ia sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan dan boleh dikatakan hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Boleh cuba ini Tumis Budu dan Nasi Goreng Mok Tok.
Hidangan sampingan yang telah lama menjadi kegemaran masyarakat Pantai Timur ini bukan sahaja diminati oleh kaum melayu malah turut diminati oleh kaum India, cina dan lain-lain kerana terdapat begitu banyak khasiat yang kurang didedahkan. Bagi masyarakat luar dari kawasan pantai timur mungkin tidak biasa makan budu. Di sini dinyatakan 5 sebab perlu merasai keenakan hidangan sampingan ini:
Pertama: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.
Kedua: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".
Ikan bilis adalah bahan utama budu
Ketiga: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.
Keempat: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.
Kelima: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Baru aku tahu yang budu ni banyak khasiat...lepas ni tak perlu la korang susah2 nak beli pil minyak pati ikan kod ke apa ke yang mahal2 tu pada anak2 korang untuk bagi cerdik...kita ikut cara Melayu...ada BUDU sebotol dalam fridge pon dah cukup memadai dah...pastu minum dua sudu sekali/dua kali sehari...tak pon sebotol sehari..baru awet mudeee..(pendapat aku la kalau korang rasa boleh telan ek..hehe)..selamat mencuba ya!;p