!!:::ShAfAzHa:::!!

...Welcome To My Page... :::Thanks For Viewing Ya! :) :::

17 April 2014

ANY Fisher Price Infant To Toddler Rocker Only for RM165!!!



BOOMED PRICE FOR STOCK CLEARANCE SALE!!! 


 
(a)

(b)
(c)

(d)

A seat for play, a seat for feeding, a seat for rest—and it grows with baby! Bat-at toys keep baby entertained and help strengthen baby’s senses. Calming vibrations and a reclining seat help soothe. Easy transitions let you use if from infant to toddler—up to 40 lbs (18 kg).

Weight Limit 40 lbs. (18 kg)
******************************************************
Features
• Use from infant to toddler—up to 40 lbs (18 kg)!
• Fold-out kickstand & reclining seat for feeding or napping
• Bat-at toys & musical caterpillar stimulate baby’s senses(except A)
• Deep cradle seat with calming vibrations soothes younger babies
• Toy bar easily removes for older babies to sit & play
• Easy conversion to toddler rocker
• Removable, machine washable pad
• Secure, three-point restraint
• Requires 1 D battery
********************************************************** Developmental Guidelines:
 Use the portable rocker’s upright position only when your child has developed enough upper body control to sit without leaning forward.
*****************************************************************
Better for Mom...
- Enjoy years of use with this portable rocker—from infancy to 40 pounds!
- Convenient space for feeding baby
- So portable!
- Machine-washable pad makes cleaning this rocker a breeze!
*****************************************************************
Better for Baby...
- Calming vibrations and gentle rocking motion help comfort and soothe baby.
- Versatile seat angles add comfort for different age babies, from infants to toddlers!
- Bright colors and patterns stimulate your infant's visual sense
.....................................................................................................
OFFER TILL 30 APRIL 2014 ONLY!
 



21 April 2011

MAKANAN YANG SENANG DICARI

Ok!! sebelum aku nak membebel lebih2 ni, aku nak inform apa yang aku tulis ni cuma nak kongsi tentang apa yang dok berlegar2 di otak aku sekarang ni..ok, apa yang aku melalut2 ni just my OWN PERCEPTION towards pemakanan kita terutama sekali bagi orang Islam sekarang....

Dunia sekarang ni, semua kemudahan ada....dunia makin canggihh..nak makan pon senang cari....janji ada duit je....tambah2 lagi student macam aku ni....memang senang sangatt la terdedah dengan makanan2 yang SENANG dicari ni...nak taw makanan yang senang dicari oleh kami ni apa? Hmm...ni lahh.....



Padahal makanan2 macam ni la yang tak baik untuk student...ye la, dah tau benda2 ni semua boleh melembabkan otak...tapi still nak makan jugak walaupun tahu side effect daripada memakan makanan2 macam tu....sebab apa kami cari makanan2 ni??sebab senang dicari lahh...dan mudah disediakan...

Tercetusnya idea aku nak menulis ni bila terbaca post2 yang dekat fesbuk pasal makanan tu haram...makanan ni tak bole makan...makanan tu buat daripada ni...makanan tu buat daripada tu.....maaaaacam2 lagi lahh........tu semuaaa makanan2 atau minuman2 yang tergolong dalam kategori makanan2 dan minuman2 yang SENANG DICARI........macam2 dah kot yang aku baca....antaranya, kuah sardin yang pekatt tu daripada katak yang direneh2.....kandungan tambahan sebuk milo daripada cacing2 tanah...satey ikan faveret aku suatu ketika dahulu tu yang mempunyai kandungan perasa tambahan iaitu kucing2 jalanan.....nescafe yang 3 in one pulak kandungan dia terdapat satu bahan kimia ni yang boleh effect pada otot dan tulang2 si penggemarnya....kandungan lilin/wax pada mee2 segera....ada sos prego untuk dibuat spageti tu yang tak halal(nasib lah siapa yang tak baca ingredient sebelum membeli tu)....produk tenusu daripada cina yang mengandungi bahan kimia melamin(coklat, teh susu hijau Lipton,biskut2 jenama Baby Looney Tunes Cream Filled Biscuits Assorted Family Pack, C & OK Vigour 888 Egg & Milk, Khong Guan Mini Burger Biscuit Bulk Pack, Liluo Fruit P.D. Almond Flavor, Potter Potato Chips Pizza dan Tom & Jerry Cheese Balls)

Tu tak termasuk dengan makanan2 segera tiruan lagi tu...ade telur ayam tipu....sardin tiruan.......kueteaw tiruan yang diperbuat daripada kayu chopstik.....beras plastik....arghhhh.....macam2 lah....nak makan apa2 sekarang ni pon dah jadi tak yakin, sebab dok terpikir halal ke tak benda yang aku makan ni(even dah terpampang logo halal sekalipun-tapi ada je logo tipu).....benda aku makan ni tiruan ke yang betol2 asli nii.....kalau asli pun terfikir pulak macam mana la proses atau kandungan dia nii...boleh percaya ke takk yang tertulis pada label2 pasal kandungan bahan2 ataupun ingredients-nya tuu..... Kalau setakat terpegang si ba alip ba ya tu boleh samak lagii....kalau terMAKAN macam mana.....takkan nak minum air tanah kott...huhu~hadoiii....:((


Makanan yang tak tiruan pulak, pasal kes kebersihan dia pulak dahh...yang kecoh baru2 ni di fesbuk jugak pasal video air soya ludah di Bangi...area2 tempat aku study sekarang nih....ni videonye....

Teringat pasal kes aku dan azhar kat kedai makan area2 Bangi jugak, diorang serve kat kitorang menu baekk punya....Siakap LIPAS 3 Rasa....Arghhhh.....kat situ jugak aku muntahhkann....sikit punyalah beso lipas tuh...dah abes menghadap sebelah ikan kot...lepas balik2an ikan tu trus terjumpa benda alah tersebuttt...omaigoshhh....sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa tersebut...huhu maaf la ye tuan kedai makan...saya on the spot termuntah kat situ...then dengan selambernya saya berlalu pergi menuju ke longkang berdekatan meninggalkan azhar yang sedang discuss dengan kakak tuan kedai makan tu...sampai sekarang aku dah tak pergi makan kat kedai tu even kakak tu dah mintak maaf...aku dah maafkan, tapi ngeriiii kottt!!!huuu~

SEMINGGU SEBELUM AKU MENINGGALKAN BUMI UKM

Assalamualaikum....:)

Dah lama rasanya tak update blog ni...sebab tersangatlah sibuk aku sekarang ni.....almaklumlah pelajar tahun akhir..macam-macam nak kena setelkan, ni pon curi masa sikit nak jenguk2 kat sini...padahal tengah siapkan tesis nih....hmm...tinggal lagi seminggu je aku di bumi UKM ni...macam2 rasa.....

Rasa bestt sebab ye lah dah 3 tahun berjuang kat sini mestilah tak sabar2 nak tunggu hari yang penuh gemilang dan terbilang tu....of course lah my convocation day...that was my big...biggg day.....tak sabar sangatttt.....:) Tapiiiiiiii..............yang tak bestnye......hmm......my friends......i will miss them a lot...hmmm :((( sedihhh sangat sangattt sangattttt sebab lepas ni masing2 dengan haluan sendiri.....mesti lepas nih susah untuk kita togather2 lagii kan...:(( lebiuu ollz..............sedihhhh....:(((




8 Mac 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Budi diberi erti oleh Kamus Dewan sebagai; 1. Akal, kebijaksanaan; 2. perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan kebaikan orang; 4. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. Berbudi bermakna; 1. Berakal, bijaksana; 2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan; 3.baik hati, pemurah.
Berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh Kamus Dewan itu wajarlah apa-apa yang sedang terjadi dan dilaksanakan oleh pemerintah masa kini dengan Kempen Budi Bahasa yang begitu meluas. Pelbagai poster dan iklan, dalam pelbagai media – elektronik mahupun cetak – yang memaparkan slogan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.
Memang hal yang seperti itu tidak mudah mencapai matlamatnya, namun dengan kempen yang seperti itu dan dilaksanakan secara terus menerus setidak-tidaknya menunjukkan masih ada manusia mahupun kumpulan dalam masyarakat kita yang melihat bahawa gejala buruk, dalam apapun bentuknya yang terjadi dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada ketiadaan budi, berpunca daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, menularnya perangai-perangai dan tabiat yang buruk.
Dalam perbendaharaan Melayu ada banyak frasa mahupun kata-kata yang mendukung hidup berbudi seperti misalnya “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Ataupun “Yang kurik kundi, (kundi itu sejenis buah semacam buah saga tetapi kurik, ataupun berbelang-belang, banyak yang tak tahu menulisnya sebagai “kendi”) yang merah saga, yang baik budi, yang indah bahasa” Dalam sebuah pantun budi yang amat tinggi mutunya telah diperturunkan oleh pujangga Melayu tak bernama: Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati
Begitulah penting dan besarnya makna dan hakikat budi dalam hidup individu, kumpulan dan masyarakat Melayu. Dilihat dalam aspek lain ia selari pula dengan pegangan pentingnya akhlak dalam kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah sifat-sifat tak berbudi atau sifat-safat tercela mereka yang hidup tidak berbudi itu? 
Antara lain dapat senaraikan di sini ialah bodoh, amarah, dendam, iri hati, kikir, sombong, angkuh, congkak, suka berkhayal atau panjang angan-angan, suka mempamerkan diri (dalam semua aspek kehidupan), cinta pangkat dan kekuasaan, banyak bercakap, senda gurau yang melampau, besar mulut, dan penuh kesombongan, merosak hubungan nmasyarakat, suka mencampuri urusan orang lain, tamak.
Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi. Antara lain adalah cintakan ilmu pengetahuan, sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t.
Rupa orang yang dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas. Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.
Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya. Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain.
Tidak kurang hebatnya ialah sifat kikir (bukhl). Allah Swt berfirman (Maksudnya): “ Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Hasyr[59]:9). Berlawanan dengan sifat kikir yang bermastautin dalam rumah orang-orang yang tak berbudi ialah kedermawanan, iaitu memberikan kepada orang lain apa-apa yang melebihi daripada keperluan sendiri, sifat yang mementingkan orang lainh (itsar)adalah lebih baik kerana itu adalah darjat tertinggi dermawan.
Congkak (‘ujd) juga bahagian daripada rumah orang yang tak berbudi. Congkak adalah sejenis sifat tinggi hati yang muncul dalam diri seseorang apabila dia membayangkan dirinyalah yang sempurna,, baik pengetahuan mahupun perilakunya. Hidup bersama sifat congkak ialah sifat terpedaya (ghurur) iaitu suatu sikap yang meyakini sesuatu yang bertentangan dengan kenyatan dan jiwanya menerima terhadap apapun yang bersifat khayal dan samar-samar serta menurut hawa nafsunya sendiri. Ada banyak orang yang ditawan nafsu ini seperti misalnya berpakaian seperti orang salih atau alim dan seumpamanya.
Tidak kurang buruknya ialah sifat yang dinamakan Ingin di Puji (Riak).Dalam apa keadaan pun mereka yang bersifat begini senantiasa ingin dipuji. Kalau tidak mendapat pujian, biasanya ia menjadi sangat marah. Di sinilah duduknya para pengampu dalam masyarakat kita, sebab ia membuat sesuatu tidak ikhlas.
Tidak berapa jauh daripada sifat Ingin di Puji ialah Cinta Pangkat (hub al-jah wa al-riyasah). Inipun satu penyakit orang tak berbudi yang juga sukar diubati. Orang yang mendokong sifat ini jauh sekali daripada ikhlas
Sahabat orang tak berbudi lainnya ialah banyak bicara (katsrah al-kalam). Sifat ini tercela kerana ia mendorong pada hal-hal yang diharamkan dan kepada hal-hal yang tidak dianjurkan. Seperti misalnya menyebut dosa mereka yang telah mati, cerita fasak perempuan, berdebat bersaing-saing, berbicara dengan gaya yang angkuh pura-pura, menhina cabul, mengutuk, mengejek, ceroboh, mencemoh, membocorkan rahsia, berdusta, memfitnah, mengumpat dan yang seumpamanya. Sesungguhnya tidak banyak yang menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa bahaya lidah amatlah besarnya.
Senda Gurau (mizah) juga tidak mendatangkan manfat. Oleh itu lebih baik sahaja meninggalkannya. Sifat buruk lainnya ialah Berhias Kerana Makhluk (al-tazayyun lil-khalq) Para pencari kebenaran al-Khalik mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini kerana ia menjadi penghalang, mengganggu perhatiannya daripada hanya mengingati Allah Swt. Perangai seterusnya ialah perangai buruk. Ini memang perangai yang dibenci oleh sesiapapun.
Sebagaimana yang disebutkan pada bahagian awal tulisan ini sebenarnya banyak lagi sifat-sifat tercela orang yang tak berbudi itu tetapi untuk kali ini cukuplah setakat ini dahulu. Di sebutkan secara agak terperinci sifat-sifat tercela dan sifat orang tak berbudi dalam tulisan ini bertujuan supaya yang membacanya kenal pasti apakah sifat-sifat itu berada pada dirinya. Sementara sifat-sifat terpuji pula tidak sisebutkan secara terperinci di sini. Hakikatnya yang terpuji itu, budi luhur itu adalah sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat tercela yang disebutkan itu.
Ingatlah, Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “Dan telah Kami (Allah) jadikan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih.” (Surah Al-Thin: 95: 4-6).
Demikianlkah pentingnya budi dan pentingnya kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” dalam kehidupan bermasyarakat, berbudaya dan bernegara bagi negara kita Malaysia.
*Kredit kpd:SUTUNG UMAR RS


Tetiba je teringat lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" nyanyian daripada To' Ti...layannn~^___^



7 Mac 2011

Annual Dinner Terakhir di KKM Bersama My BFF!!Love Them Much!!:')

Assalamualaikumm....nak ceciter sikit ni...tadi ada dinner kolej...yang join hanya aku, Wan, Nana dan Ros saja...hmm...sebenarnya ada lagi 2 orang geng takdop tadi...Syah dan Zaiti..huhu diorang ada hal yang tak dapat dielakkan..diorang kena balik kampung..:( kalau ade diorang baru cukup gila2nya tadi..tapi takpe lah ya...kita masih ada dinner pusat pengajian kita nanti...last dinner sama2 oke! semua kena datang! wajib!hehe k..kat bawah ni ada gambar dinner kitorang tadi sikit...enjoice!^____^"






















ok...nak titun dah ya! mata gue udah lobam sebab dah tak tahan ngantok ni ha!nite2! Assalamualaikumm..^____^