...Welcome To My Page... :::Thanks For Viewing Ya! :) :::

5 Mac 2011

Jadilah Manusia Yang Bersyukur

Ramai orang alpa bahawa kesyukuran yang sebenarnya melibatkan
hati, lidah dan jasad. Oleh kerana itu sedikit sangat dari
hamba-hamba Allah yang benar-benar bersyukur. Dalam surah Saba'
ayat 13 Allah berfirman ;

" Dan sedikit dari kalangan hamba-hamba KU yang bersyukur. "

Bersyukur adalah dituntut dalam semua keadaan. Jika kita
dikurniakan nikmat, kita bersyukur dengan kurniaan itu dan kita
perlu memastikan nikmat itu digunakan secara yang betul. Jika
kita diuji dengan kesusahan dan penderitaan, kita bersabar dan
pada ketika yang sama kita bersyukur kerana terdapat orang lain
yang lebih menderita daripada kita. Kita juga bersyukur kerana
kita masih hidup dan berpeluang untuk memperbaiki diri. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi bersabda,

"SESIAPA YANG MEMANDANG KEPADA DUNIA DENGAN MELIHAT KEPADA
ORANG YANG KURANG DARIPADANYA DAN DIA MEMANDANG KEPADA AGAMA DENGAN MELIHAT KEPADA ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADANYA, ALLAH (meletakkannya) DALAM GOLONGAN YANG SABAR DAN BERSYUKUR."














Artikel ni btol2 dapat motivate aku supaya menjadi seorang insan yang tahu bersyukur...Insyaallah..

CREDIT TO: Fazril

Tiada ulasan: