...Welcome To My Page... :::Thanks For Viewing Ya! :) :::

21 April 2011

MAKANAN YANG SENANG DICARI

Ok!! sebelum aku nak membebel lebih2 ni, aku nak inform apa yang aku tulis ni cuma nak kongsi tentang apa yang dok berlegar2 di otak aku sekarang ni..ok, apa yang aku melalut2 ni just my OWN PERCEPTION towards pemakanan kita terutama sekali bagi orang Islam sekarang....

Dunia sekarang ni, semua kemudahan ada....dunia makin canggihh..nak makan pon senang cari....janji ada duit je....tambah2 lagi student macam aku ni....memang senang sangatt la terdedah dengan makanan2 yang SENANG dicari ni...nak taw makanan yang senang dicari oleh kami ni apa? Hmm...ni lahh.....



Padahal makanan2 macam ni la yang tak baik untuk student...ye la, dah tau benda2 ni semua boleh melembabkan otak...tapi still nak makan jugak walaupun tahu side effect daripada memakan makanan2 macam tu....sebab apa kami cari makanan2 ni??sebab senang dicari lahh...dan mudah disediakan...

Tercetusnya idea aku nak menulis ni bila terbaca post2 yang dekat fesbuk pasal makanan tu haram...makanan ni tak bole makan...makanan tu buat daripada ni...makanan tu buat daripada tu.....maaaaacam2 lagi lahh........tu semuaaa makanan2 atau minuman2 yang tergolong dalam kategori makanan2 dan minuman2 yang SENANG DICARI........macam2 dah kot yang aku baca....antaranya, kuah sardin yang pekatt tu daripada katak yang direneh2.....kandungan tambahan sebuk milo daripada cacing2 tanah...satey ikan faveret aku suatu ketika dahulu tu yang mempunyai kandungan perasa tambahan iaitu kucing2 jalanan.....nescafe yang 3 in one pulak kandungan dia terdapat satu bahan kimia ni yang boleh effect pada otot dan tulang2 si penggemarnya....kandungan lilin/wax pada mee2 segera....ada sos prego untuk dibuat spageti tu yang tak halal(nasib lah siapa yang tak baca ingredient sebelum membeli tu)....produk tenusu daripada cina yang mengandungi bahan kimia melamin(coklat, teh susu hijau Lipton,biskut2 jenama Baby Looney Tunes Cream Filled Biscuits Assorted Family Pack, C & OK Vigour 888 Egg & Milk, Khong Guan Mini Burger Biscuit Bulk Pack, Liluo Fruit P.D. Almond Flavor, Potter Potato Chips Pizza dan Tom & Jerry Cheese Balls)

Tu tak termasuk dengan makanan2 segera tiruan lagi tu...ade telur ayam tipu....sardin tiruan.......kueteaw tiruan yang diperbuat daripada kayu chopstik.....beras plastik....arghhhh.....macam2 lah....nak makan apa2 sekarang ni pon dah jadi tak yakin, sebab dok terpikir halal ke tak benda yang aku makan ni(even dah terpampang logo halal sekalipun-tapi ada je logo tipu).....benda aku makan ni tiruan ke yang betol2 asli nii.....kalau asli pun terfikir pulak macam mana la proses atau kandungan dia nii...boleh percaya ke takk yang tertulis pada label2 pasal kandungan bahan2 ataupun ingredients-nya tuu..... Kalau setakat terpegang si ba alip ba ya tu boleh samak lagii....kalau terMAKAN macam mana.....takkan nak minum air tanah kott...huhu~hadoiii....:((


Makanan yang tak tiruan pulak, pasal kes kebersihan dia pulak dahh...yang kecoh baru2 ni di fesbuk jugak pasal video air soya ludah di Bangi...area2 tempat aku study sekarang nih....ni videonye....

Teringat pasal kes aku dan azhar kat kedai makan area2 Bangi jugak, diorang serve kat kitorang menu baekk punya....Siakap LIPAS 3 Rasa....Arghhhh.....kat situ jugak aku muntahhkann....sikit punyalah beso lipas tuh...dah abes menghadap sebelah ikan kot...lepas balik2an ikan tu trus terjumpa benda alah tersebuttt...omaigoshhh....sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa tersebut...huhu maaf la ye tuan kedai makan...saya on the spot termuntah kat situ...then dengan selambernya saya berlalu pergi menuju ke longkang berdekatan meninggalkan azhar yang sedang discuss dengan kakak tuan kedai makan tu...sampai sekarang aku dah tak pergi makan kat kedai tu even kakak tu dah mintak maaf...aku dah maafkan, tapi ngeriiii kottt!!!huuu~

SEMINGGU SEBELUM AKU MENINGGALKAN BUMI UKM

Assalamualaikum....:)

Dah lama rasanya tak update blog ni...sebab tersangatlah sibuk aku sekarang ni.....almaklumlah pelajar tahun akhir..macam-macam nak kena setelkan, ni pon curi masa sikit nak jenguk2 kat sini...padahal tengah siapkan tesis nih....hmm...tinggal lagi seminggu je aku di bumi UKM ni...macam2 rasa.....

Rasa bestt sebab ye lah dah 3 tahun berjuang kat sini mestilah tak sabar2 nak tunggu hari yang penuh gemilang dan terbilang tu....of course lah my convocation day...that was my big...biggg day.....tak sabar sangatttt.....:) Tapiiiiiiii..............yang tak bestnye......hmm......my friends......i will miss them a lot...hmmm :((( sedihhh sangat sangattt sangattttt sebab lepas ni masing2 dengan haluan sendiri.....mesti lepas nih susah untuk kita togather2 lagii kan...:(( lebiuu ollz..............sedihhhh....:(((




8 Mac 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Budi diberi erti oleh Kamus Dewan sebagai; 1. Akal, kebijaksanaan; 2. perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan kebaikan orang; 4. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. Berbudi bermakna; 1. Berakal, bijaksana; 2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan; 3.baik hati, pemurah.
Berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh Kamus Dewan itu wajarlah apa-apa yang sedang terjadi dan dilaksanakan oleh pemerintah masa kini dengan Kempen Budi Bahasa yang begitu meluas. Pelbagai poster dan iklan, dalam pelbagai media – elektronik mahupun cetak – yang memaparkan slogan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.
Memang hal yang seperti itu tidak mudah mencapai matlamatnya, namun dengan kempen yang seperti itu dan dilaksanakan secara terus menerus setidak-tidaknya menunjukkan masih ada manusia mahupun kumpulan dalam masyarakat kita yang melihat bahawa gejala buruk, dalam apapun bentuknya yang terjadi dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada ketiadaan budi, berpunca daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, menularnya perangai-perangai dan tabiat yang buruk.
Dalam perbendaharaan Melayu ada banyak frasa mahupun kata-kata yang mendukung hidup berbudi seperti misalnya “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Ataupun “Yang kurik kundi, (kundi itu sejenis buah semacam buah saga tetapi kurik, ataupun berbelang-belang, banyak yang tak tahu menulisnya sebagai “kendi”) yang merah saga, yang baik budi, yang indah bahasa” Dalam sebuah pantun budi yang amat tinggi mutunya telah diperturunkan oleh pujangga Melayu tak bernama: Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati
Begitulah penting dan besarnya makna dan hakikat budi dalam hidup individu, kumpulan dan masyarakat Melayu. Dilihat dalam aspek lain ia selari pula dengan pegangan pentingnya akhlak dalam kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah sifat-sifat tak berbudi atau sifat-safat tercela mereka yang hidup tidak berbudi itu? 
Antara lain dapat senaraikan di sini ialah bodoh, amarah, dendam, iri hati, kikir, sombong, angkuh, congkak, suka berkhayal atau panjang angan-angan, suka mempamerkan diri (dalam semua aspek kehidupan), cinta pangkat dan kekuasaan, banyak bercakap, senda gurau yang melampau, besar mulut, dan penuh kesombongan, merosak hubungan nmasyarakat, suka mencampuri urusan orang lain, tamak.
Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi. Antara lain adalah cintakan ilmu pengetahuan, sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t.
Rupa orang yang dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas. Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.
Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya. Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain.
Tidak kurang hebatnya ialah sifat kikir (bukhl). Allah Swt berfirman (Maksudnya): “ Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Hasyr[59]:9). Berlawanan dengan sifat kikir yang bermastautin dalam rumah orang-orang yang tak berbudi ialah kedermawanan, iaitu memberikan kepada orang lain apa-apa yang melebihi daripada keperluan sendiri, sifat yang mementingkan orang lainh (itsar)adalah lebih baik kerana itu adalah darjat tertinggi dermawan.
Congkak (‘ujd) juga bahagian daripada rumah orang yang tak berbudi. Congkak adalah sejenis sifat tinggi hati yang muncul dalam diri seseorang apabila dia membayangkan dirinyalah yang sempurna,, baik pengetahuan mahupun perilakunya. Hidup bersama sifat congkak ialah sifat terpedaya (ghurur) iaitu suatu sikap yang meyakini sesuatu yang bertentangan dengan kenyatan dan jiwanya menerima terhadap apapun yang bersifat khayal dan samar-samar serta menurut hawa nafsunya sendiri. Ada banyak orang yang ditawan nafsu ini seperti misalnya berpakaian seperti orang salih atau alim dan seumpamanya.
Tidak kurang buruknya ialah sifat yang dinamakan Ingin di Puji (Riak).Dalam apa keadaan pun mereka yang bersifat begini senantiasa ingin dipuji. Kalau tidak mendapat pujian, biasanya ia menjadi sangat marah. Di sinilah duduknya para pengampu dalam masyarakat kita, sebab ia membuat sesuatu tidak ikhlas.
Tidak berapa jauh daripada sifat Ingin di Puji ialah Cinta Pangkat (hub al-jah wa al-riyasah). Inipun satu penyakit orang tak berbudi yang juga sukar diubati. Orang yang mendokong sifat ini jauh sekali daripada ikhlas
Sahabat orang tak berbudi lainnya ialah banyak bicara (katsrah al-kalam). Sifat ini tercela kerana ia mendorong pada hal-hal yang diharamkan dan kepada hal-hal yang tidak dianjurkan. Seperti misalnya menyebut dosa mereka yang telah mati, cerita fasak perempuan, berdebat bersaing-saing, berbicara dengan gaya yang angkuh pura-pura, menhina cabul, mengutuk, mengejek, ceroboh, mencemoh, membocorkan rahsia, berdusta, memfitnah, mengumpat dan yang seumpamanya. Sesungguhnya tidak banyak yang menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa bahaya lidah amatlah besarnya.
Senda Gurau (mizah) juga tidak mendatangkan manfat. Oleh itu lebih baik sahaja meninggalkannya. Sifat buruk lainnya ialah Berhias Kerana Makhluk (al-tazayyun lil-khalq) Para pencari kebenaran al-Khalik mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini kerana ia menjadi penghalang, mengganggu perhatiannya daripada hanya mengingati Allah Swt. Perangai seterusnya ialah perangai buruk. Ini memang perangai yang dibenci oleh sesiapapun.
Sebagaimana yang disebutkan pada bahagian awal tulisan ini sebenarnya banyak lagi sifat-sifat tercela orang yang tak berbudi itu tetapi untuk kali ini cukuplah setakat ini dahulu. Di sebutkan secara agak terperinci sifat-sifat tercela dan sifat orang tak berbudi dalam tulisan ini bertujuan supaya yang membacanya kenal pasti apakah sifat-sifat itu berada pada dirinya. Sementara sifat-sifat terpuji pula tidak sisebutkan secara terperinci di sini. Hakikatnya yang terpuji itu, budi luhur itu adalah sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat tercela yang disebutkan itu.
Ingatlah, Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “Dan telah Kami (Allah) jadikan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih.” (Surah Al-Thin: 95: 4-6).
Demikianlkah pentingnya budi dan pentingnya kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” dalam kehidupan bermasyarakat, berbudaya dan bernegara bagi negara kita Malaysia.
*Kredit kpd:SUTUNG UMAR RS


Tetiba je teringat lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" nyanyian daripada To' Ti...layannn~^___^



7 Mac 2011

Annual Dinner Terakhir di KKM Bersama My BFF!!Love Them Much!!:')

Assalamualaikumm....nak ceciter sikit ni...tadi ada dinner kolej...yang join hanya aku, Wan, Nana dan Ros saja...hmm...sebenarnya ada lagi 2 orang geng takdop tadi...Syah dan Zaiti..huhu diorang ada hal yang tak dapat dielakkan..diorang kena balik kampung..:( kalau ade diorang baru cukup gila2nya tadi..tapi takpe lah ya...kita masih ada dinner pusat pengajian kita nanti...last dinner sama2 oke! semua kena datang! wajib!hehe k..kat bawah ni ada gambar dinner kitorang tadi sikit...enjoice!^____^"






















ok...nak titun dah ya! mata gue udah lobam sebab dah tak tahan ngantok ni ha!nite2! Assalamualaikumm..^____^

6 Mac 2011

Extreme Makeoverr!!

OMG! korang mesti tak percaya yang mereka2 ni telah di makeover sampaikan korang takkan tahu kalau diorang2 ni taknak mengaku yang mana satu wajah asal diorang???

yang ni btol2 drastik..huu

yang ni plak part bentuk muka boleh cam lg kot
yang ni part gigi..ngee
yang ni part mana ek?huu

kalau korang lelaki nak ngorat yang mana satu ni?haha

5 Mac 2011

Jadilah Manusia Yang Bersyukur

Ramai orang alpa bahawa kesyukuran yang sebenarnya melibatkan
hati, lidah dan jasad. Oleh kerana itu sedikit sangat dari
hamba-hamba Allah yang benar-benar bersyukur. Dalam surah Saba'
ayat 13 Allah berfirman ;

" Dan sedikit dari kalangan hamba-hamba KU yang bersyukur. "

Bersyukur adalah dituntut dalam semua keadaan. Jika kita
dikurniakan nikmat, kita bersyukur dengan kurniaan itu dan kita
perlu memastikan nikmat itu digunakan secara yang betul. Jika
kita diuji dengan kesusahan dan penderitaan, kita bersabar dan
pada ketika yang sama kita bersyukur kerana terdapat orang lain
yang lebih menderita daripada kita. Kita juga bersyukur kerana
kita masih hidup dan berpeluang untuk memperbaiki diri. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi bersabda,

"SESIAPA YANG MEMANDANG KEPADA DUNIA DENGAN MELIHAT KEPADA
ORANG YANG KURANG DARIPADANYA DAN DIA MEMANDANG KEPADA AGAMA DENGAN MELIHAT KEPADA ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADANYA, ALLAH (meletakkannya) DALAM GOLONGAN YANG SABAR DAN BERSYUKUR."














Artikel ni btol2 dapat motivate aku supaya menjadi seorang insan yang tahu bersyukur...Insyaallah..

CREDIT TO: Fazril

4 Mac 2011

Akibat Dah Tak Tahan dengan Masalah Air di Kolej Terchenta

Hari ni aku tak pergi kelas pukul 8pg tadi akibat ketiadaan air di blok hostel aku ni...bangun2 pagi dah buat aku bengang...mahunya tak bengang weyyy!!! ayaq takdak dari TENGAH HARI SEMALAM...aku tak tahan lagi dah...akibat geram sangat3 dengan tak mandi dan bergosok gigi laginya aku ni terus google search cari kat mana aku nak buat aduan ni(bertambah geram dengan UKM JARING yang ntah macam hape ntah lagi ni..kejap2 disconnect..kejap2 disconnect)...padahal sebelum2 ni tak pernah aku segigih ni selain untuk mendapatkan kat mana orang jual pasembor semalam je...huu cari punya cari akhirnya aku jumpa FB PUSPEL SYABAS... terus aku add dia..tak sampai 5minit kot diorang approve aku...aku apa lagi..meluah perasaan la aku kat situ...

Pastu aku promote la kat FB Kolej Keris Mas, UKM Bangi tadi pasal FB Puspel ni dan suruh diorang add ramai2..gigih takk aku???huu
Sejauh mana diorang buat kerja tu aku tak pasti lagi la...sekarang tengah tunggu tindakan daripada diorang je..tapi agak sedap hati la diorang reply jugak comment aku dengan berhemah tadi...walau apa pun terima kasih Puspel..

UPDATE: Alhamdulillah..dah dapat bekalan air selepas 2jam lebih2 buat aduan..thx syabas!;p dah!aku nak p mandi puas2..:)


5 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Budu

aku terbaca satu entri ni sebelum nak tido...agak menarik!:) so, ni aku share dengan korang tentang kebaikan memakan BUDU...



Budu banyak khasiat dari segi kesihatan


Pernah makan budu? Budu adalah sos ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur dan dimakan bersama ulam ataupun nasi. Ia sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan dan boleh dikatakan hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Boleh cuba ini Tumis Budu dan Nasi Goreng Mok Tok.

                                                       
Hidangan sampingan yang telah lama menjadi kegemaran masyarakat Pantai Timur ini bukan sahaja diminati oleh kaum melayu malah turut diminati oleh kaum India, cina dan lain-lain kerana terdapat begitu banyak khasiat yang kurang didedahkan. Bagi masyarakat luar dari kawasan pantai timur mungkin tidak biasa makan budu. Di sini dinyatakan 5 sebab perlu merasai keenakan hidangan sampingan ini:

Pertama: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan  dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.

Kedua: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".


Ikan bilis adalah bahan utama budu


Ketiga: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.

Keempat: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.



Kelima: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

         Baru aku tahu yang budu ni banyak khasiat...lepas ni tak perlu la korang susah2 nak beli pil minyak pati ikan kod ke apa ke yang mahal2 tu pada anak2 korang untuk bagi cerdik...kita ikut cara Melayu...ada BUDU sebotol dalam fridge pon dah cukup memadai dah...pastu minum dua sudu sekali/dua kali sehari...tak pon sebotol sehari..baru awet mudeee..(pendapat aku la kalau korang rasa boleh telan ek..hehe)..selamat mencuba ya!;p

3 Mac 2011

AKU NAK PASEMBOR JUGAK!!!!

tetiba je malam yang hening ni aku teringin sangat2 nak makan pasembor...huu punya la dengan gigihnya aku pergi search kat internet mana ada jual pasembor yang sedap dekat area2 Bangi ni...tetapi terlalu menghampakan aku...takdakk!!! tak jumpa pon..Arghhh!!! tengok gambar2 pasembor tu semua buat kecur air liur aku je...nehi2...i want it!!! i really want it!!! huuu search punya la search aku jumpa resepi kat blog akak ni... betol2 buat aku tak sabar nak mencuba resepi ni...huu

Bahan-bahannya
  1. 2 kg ubi keledek merah (dikupas & direbus sehingga lembut)
  2. 300 gm kismis emas
  3. 2 sudu makan serbuk cili
  4. 10 biji buah tomato
  5. 1/2 botol sos tomato
  6. 1/2 kg gula pasir
  7. 1 sudu makan garam
  8. Sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar
  9. Sedikit udang kering digoreng tanpa minyak dan dikisar
  10. Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya
  1. Ubi keledek yang sudah direbus itu dikisar dengan 5 gelas air sehingga betul2 lumat
  2. Kismis direndam sebentar dan dikisar dengan air sebanyak 3 gelas dan ditapis. Kisar sekali lagi dan tapis lagi untuk dapatkan jus kismis tu
  3. Buah tomato dipotong kecil2 dan dikisar dengan 3 gelas air dan ditapis untuk dapatkan jus tomato
  4. Masukkan ubi keledek yang sudah dikisar kedalam periuk diikuti jus kismis, jus tomato, serbuk cili & sos tomato dan masak diatas api yang sederhana dan kacau2kan supaya sebati
  5. Bila sudah mendidih masukkan pula gula dan garam secukup rasa dan masak lagi
  6. Tunggu hingga kuah betul2 pekat dalam masa 40 minit baru ditutup api
  7. Hidangkan dengan sayur2an seperti timun dan sengkuang yang dihiris2, cucur udang dll
  8. Taburkan diatas kuahnya bahan2 seperti bawang goreng, kacang tanah tumbuk dan udang kering tumbuk.
ni la rupa Pasembornya
Nakkk!!!!huuuu


27 Februari 2011

Anak buah aku dengan laman sosial FB-nye..:)

First of all, nk cter sikit pasal anak buah aku yg sorang ni...nama penuh die Fatihatul Najihah bt. Zulkifli..she's 11yrs old...we call her 'Jihah'(ececehh..terskipping plak..haha!)...cita2 nak jadi artis...penyanyi la kununnye...hehe sebabb suare die perghhhh!!! sedapp weyh~(kalau die taw aku dok puji die melambung ni,sure sebulan takde slere nk makan..hehe) penyanyi favourite die tak lain dan tak bukan Dato' Ct Nurhaliza..;p even baruuu 11tahun, die sangat risaukan berat badan die..macam artis jea kn??hehe selalunye, lepas makan jea trus die naik penimbang tuk check berat badan die tu naik ke tak(even tym melantak tu, die tak riso plak yg die makan due tiga kali refill pinggan tu..musykil2..huhu)...then, yg klakarnye pas timbang tu die ckp kat aku.."mak tam, td Jihah timbang kurang 2kilo drp ni..'' maksud die,nak gtaw aku yg 2kilo tu bukan berat lemak die, tp berat makanan yg die makan td...ahaha~ teguling2 aku gelak..tak tahan aku..haha! aku pon iyekan aje lahh...haha 

kakak aku, abg ipar, kak long, "Jihah" n Nabil (gambo raye dorng taun lepas):)
Die tersangat2 excited and obsess sangat dengan realiti tv show "Idola Kecil"...mlm sabtu jea, die lah yang cntrol remote astro kt umah aku tu...die ade simpan angan2 nak pegi ujibakat Idola Kecil jugak aritu, tapi tak dapat restu daripada keluarganya..abahnye kasi je die pegi(anak bapak la katakan..huhu)..mamanye plak taknak lepaskan sebab yela...budak skolah lagi kn..mesti ade side effect kat study die nanti...hm,betol jgk tu...tp kesian jugaklah die...tak tercapai impian die nak kejar cita2 die..huu~

Die ni jenis yang degil sikit..yela, anak bongsu la kan..die ade sorang kakak, nama Fatin Nabilah(form4) dan sorang abang Mohd Nabil Hanis(form2)..slalu gado2 dengan kakak n abang die kt rumah tu...yela, dh la degil...mulut die masyaallah...macam orang tua2 cakap..nak menang die jea..sampaikan kakak n abang die dah taw perangai die mcm tu, diorang dah malas nak bertikam lidah dengan die lg..dorang bwt diam jea(dalam hati bara je rase)..haha Hm, kakak die pon bleh tahan jgk suare tym nyanyi..vid bawah ni suara akak die tym kitorang kuar karok ari tu..die tak ikot sebab tak muat kete ari tu..suare die lg sedap taw!hehe



"Ketentuan" by Fatin a.k.a Kak Long..;p

Tadi die update status fb die mcm ni " ahhh...sngt2 boring....hah...so penat kemas rumah.." almaklumlah anak dara sorang je kat rumah tu..akak die dah duduk asrama..tinggal die n abang die je la ..dalam 1hari tak terkira aku bape kali die update status fb die..huhuu balik pada citer status update die td,aku pon dgn berani tanggung risiko commnt la bwh tu..(yela, bahasa die bleh tahan jgk taw, even bertaip..huhu) 


last2 aku surrndr jgk lh..adoi2!aku jugak yg kene..huhu kang makin melayan lg banyak idea die nk kenekan aku...huk2 tp statement die yg last tu aku tak tahan...ahaha~ so cute oke!;p